Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bulan Ramadan Hingga 7 Syawal 1433H Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

 

Unit Falak, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dengan kerjasama Bahagian Penerbitan Jakim telah mencetak 50,000 salinan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jadual ini dibekalkan kepada empat masjid utama Jakim iaitu Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

 

Selain empat masjid utama tersebut, edaran turut dibuat ke kementerian dan jabatan kerajaan serta surau-surau yang terdapat di sekitar Putrajaya. Orang awam juga boleh mendapatkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan lain seluruh Malaysia melalui laman web Jakim.

Image: 
Subtitle: 
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa
News Date: 
Friday, 20 July, 2012 - 12:45


Galeri gambar aktiviti-aktiviti Unit Falak.


Muat turun artikel-artikel dan kertas kerja berkenaan falak.


Muat turun buku-buku dan garis panduan berkenaan falak.


Takwim tahunan Unit Falak dan fenomena falak


Galeri peralatan falak.