Pembentukan Dan Jenis-Jenis Awan

Pembentukan Dan Jenis-Jenis Awan

Troposfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera. Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut. Terdapat dua kumpulan besar awan:

  1. Kumulus ( Cumiliform )
  2. Berlapis-lapis ( Stratiform )

Kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera mempengaruhi saiz, bentuk dan warna. Terdapat tiga peringkat atmosfera yang dibahagikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu.

Manakala awan pula diklasifikasikan kepada 10 jenis yang tergolong ke dalam peringkat-peringkat tertentu:

  1. Stratokumulus dan Stratus : Awan Peringkat rendah
  2. Altokumulus : Awan Peringkat pertengahan
  3. Sirus, Sirokumulus dan Sirostratus : Awan Peringkat tinggi

Awan-awan berkecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut: 

  1. Altostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi.
  2. Nimbostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi dan rendah.
  3. Kumulus dan Kumulosnimbus : Awan Peringkat rendah tetapi boleh mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

Pautan berikut akan menjelaskan lagi jenis-jenis awan.

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=88&Itemid=1099

Altokumulus

Fraktostratus

KumulusHumilis

Stratokumulus

Kumulonimbus

Sirus

Fractokumulus

Altostratus

Sirus Beralun

KumulusKongestus

Siro Kumulus


Sejarah aktiviti cerapan hilal di Malaysia


Lokasi rasmi hitungan analisis data


Pembentukan dan jenis-jenis awan


Koordinat tempat cerapan rasmi di Malaysia


Kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan)


Borang cerapan kenampakan hilal


Laporan cerapan kenampakan hilal


Senarai jabatan/ pejabat mufti seluruh Malaysia


Terbitan kajian cerapan hilal, kecerahan langit dan pembiasan cahaya