efalak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Selamat Datang Ke Laman e-Falak

Salah satu peranan Jakim adalah dalam aspek penyelidikan pembangunan ilmu falak. Dari segi sejarah pada awal tahun 30-an, ilmu falak dipelopori oleh golongan cerdik pandai agama seperti ulama, mufti-mufti dan kadi-kadi. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang ilmu falak dan hukum-hukum syarak yang berkaitan. Usaha merukyah telah pun dijalankan secara rasmi sejak tahun 1934 oleh Syed Alwi bin Tahir al-Hadad dari menara Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Ketika itu, tempat-tempat melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puasa dan hari raya ditentukan di tiga tempat iaitu Telok Kemang (Negeri Sembilan), Johor Bahru (Johor) dan Pulau Sayak (Kedah).

Perkembangan berikutnya pada tahun 1990, Sub unit Falak telah ditubuhkan di Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS). Apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditubuhkan pada Januari 1997, Sub unit Falak dinaiktaraf kepada Unit Falak dan diletakkan di bawah Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan, Jakim. Unit ini berfungsi menjalankan kajian dan menyediakan takwim Islam, waktu solat dan arah kiblat. Kajian-kajian yang dijalankan secara berterusan oleh Jakim dalam bidang falak adalah seperti berikut:-

  1. Kajian Analisis Data-data Takwim Islam.
  2. Kajian Analisis Data-data Takwim Bagi Penetapan Awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
  3. Kajian Penyelarasan Zon-Zon Waktu Solat seluruh Malaysia.
  4. Kajian Data-data Almanak Falak.
  5. Kajian Cerapan Hilal dan Kecerahan Langit di Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Portal e-Falak diwujudkan bagi tujuan paparan kepada orang awam. Maklumat-maklumat terkini seperti data takwim, data almanak, waktu solat dan hasil kajian akan dipaparkan untuk rujukan ahli falak dan orang awam di Malaysia. Pengisian paparan akan dipantau oleh Unit Falak bagi memastikan ketepatan terutamanya yang melibatkan data-data khusus. Orang ramai juga boleh melihat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Unit Falak, Jakim dari semasa ke semasa.


Galeri gambar aktiviti-aktiviti Unit Falak.


Muat turun artikel-artikel dan kertas kerja berkenaan falak.


Muat turun buku-buku dan garis panduan berkenaan falak.


Takwim tahunan Unit Falak dan fenomena falak


Galeri peralatan falak.