AFIFAH

TERSINGKIR

AFIQAH

KEDUA

AIMAN

TERSINGKIR

AISYAH

TERSINGKIR

AKHMAL

TERSINGKIR

FAHDA

TERSINGKIR

FARIS

TERSINGKIR

HAFIDZ

TERSINGKIR

IQBAL

KETIGA

RAFI

SAGUHATI

RAJA

SAGUHATI

SYAHAMAH

JUARA

YASMIN

TERSINGKIR

Print

musim3

Pentas Akhir Adik-Adikku Musim Ke-3 Pada 18 Mac 2012, Jam 9.00 Malam di TV1

Daripada sambutan hangat dan komen-komen positif penonton, rancangan realiti TV kanak-kanak, “Adik-Adikku” kembali menerusi musim ke-3 yang telah pun bersiaran mulai 8 Februari lalu, jam 6.30 petang di TV1.

“Adik-Adikku Musim Ke-3″ disiarkan setiap jam 6.30 petang di TV1. Pada bulan Februari rancangan ini disiarkan setiap Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat. Manakala pada bulan Mac pula ia bersiaran setiap Ahad, Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Menariknya musim ke-3 turut menampilkan 13 orang peserta dan seorang daripadanya dari negara Brunei Darussalam. Manakala kuiz terkumpul kepada penonton di rumah akan disiarkan setiap kali siaran Adik-Adikku dan hadiah menarik menanti penonton yang bertuah.

Ra’esah “Adik-Adikku Musim Ke-3″ adalah Ustazah Asni Binti Abu Mansor dan tahun ini menyaksikan tiga Murabbi bersama peserta masing-masing cuba meraih tempat ke peringkat akhir. Murabbi dan peserta “Adik-Adikku Musim Ke-3″ terdiri daripada Ustaz Mohamad Zarifi Bin Hj Mohamad Daud dengan peserta di bawah bimbingannya iaitu Muhammad Iqbal Zahin Bin Mustafa Kamal (Pahang), Amirul Hafidz Bin Muhammad (Selangor), Nurussyahamah Taqiah Binti Nurunnajmi (Terengganu) dan Afifah Syukriah Binti Abdul Ghani (Negeri Sembilan).

Ustaz Ahmad Badrul Sani Bin Baharudin pula memimpin peserta Muhammad Aiman Bin Abdul Latiff (Melaka), Muhammad Nor Akhmal Bin Ahmad Jamil (Johor), Raja Nur Shazatul Aisyah Binti Raja Idris Shah (Perak), Fahda Syazween Binti Fazul Anuar (Kedah) dan Nurkhairah Afiqah Metamit (Brunei).

Ustaz Izhar Arif Bin Mohd Kashim bersama peserta-peserta bawah bimbingannya iaitu Muhammad Rafiuddin Rafdi Bin Roslan (Kedah), Faris Izwan Bin Nordin (Kuala Lumpur), Siti Aisyah Solehah Binti Mohamed Danial (Pahang) dan Yasmin Hanani Binti Salehan (Selangor).

Kemuncak Pentas Akhir “Adik-Adikku Musim Ke-3″ akan diadakan pada 18 Mac 2012, jam 9.00 malam di Dewan Plenary PICC, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Pencarian peserta melalui ujibakat telah di adakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai bulan Mei 2011 hingga Julai 2011 yang lalu dan dikendalikan oleh juri di lokasi. Pemilihan yang dilakukan untuk memilih peserta yang layak ke peringkat akademi telah diadakan pada september 2011 oleh panel juri di bahagian media JAKIM.

Sesi akademi musim ke-3 telah diadakan pada 20 November 2011 hingga 20 Disember 2011 yang lalu. Sepanjang sesi akademi, penginapan, pembelajaran dan aktiviti para peserta ditempatkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Konsep program adalah berbentuk hiburan, pendidikan dan riadah. Pertandingan pidato telah di adakan di Dewan Dato’ Shahir (ILIM) bangi pada tarikh berikut: Pertandingan pertama (28/11/2011), Pertandingan kedua (4/12/2011), Pertandingan ketiga (11/12/2011) dan Pertandingan keempat (18/12/2011).

Untuk mengetahui siapakah peserta yang layak ke peringkat akhir, saksikan “Adik-Adikku Musim Ke-3″ hanya di TV1.

Tajaan

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

UQ Holidays (M) Sdn Bhd

Hijjaz Records Sdn Bhd

Proton Holdings Berhad

Usahasama & Kerjasama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Radio Televisyen Malaysia